Monday 11 June 2012

Pendidikan bukanlah penentu kepada kejayaan

 




Mari kita kaji dan lihat apa yang dimiliki pada Bill Gates, pengasas bersama syarikat Microsoft. Gates tidak sempat menggunakan segulung ijazah daripada Universiti Harvard untuk dibanggakan sebagai orang berilmu kerana gagal dalam pengajiannya. Namun, di sebalik kegagalannya, Gates bersama Paull Allen mengasaskan Microsoft dan pada 2011 memiliki kekayaan kira-kira AS$59 bilion.

Gates juga menyimpan koleksi kisah hidup suram penuh dukacita. Dia tidak dapat menumpukan kepada pendidikan sempurna selepas gagal pengajiannya di universiti. Namun, kegagalan dalam akademik berjaya ditransformasikan menjadi sesuatu yang mengkagumkan.

Dengan produk amat memberi makna kepada manusia sejagat dalam penggunaan teknologi maklumat, Gates berjaya membunuh kepercayaan kebanyakan orang bahawa kegagalan dalam pelajaran itu amat memeritkan. Gates berjaya meletakkan dirinya antara manusia dikagumi berdasarkan kejayaan demi kejayaan syarikatnya menerusi penghasilan pelbagai inovasi terkini.


Pendidikan bukanlah penentu kepada kejayaan. Andai anda beroleh segulung ijazah daripada universiti yang terkenal sekali pun itu bukanlah suatu yang akan menjamin anda untuk berjaya kelak andai anda tidak menggunakan potensi anda sebaik-baiknya. Sedangkan orang yang sudah berjaya memiliki segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan pun setelah bertahun-tahun menghabiskan masa belajar namun setelah tamat pengajian mereka sendiri pun tidak pasti samada mereka mampu memberikan sesuatu kepada komuniti.

Sebab mereka sendiri tidak dapat menjamin bahawa mereka mampu memiliki suatu kerjaya yang luarbiasa dengan pendapatan yang luarbiasa di dalam dunia sebenar. Kalau sekadar cukup-cukup makan sahaja itu pun sudah memadai dan merasa selesa dengan apa yang mereka miliki dan  itu sudah cukup bagi mereka. Ramai yang memilih jalan yang singkat ini. Menikmati kesenangan yang sementara namun dalam tempoh jangka masa yang panjang satu kepastian/ jaminan mereka akan berjaya dalam hidup itu belum pasti.

Cuba kita bayangkan dalam ribuan graduan terbabit, dapatkah kita jamin semuanya mendapat pekerjaan? Jawapannya hanya ada pada individu itu sendiri. Jika dilihat daripada sejarah pengangguran di negara ini, masih ramai lepasan graduan mencari pekerjaan kecuali graduan mengikuti kursus perguruan.

Adakah selepas ini golongan-golongan yang cerdik pandai yang mengambil bidang kejuruteraan akan memohon KPLI selepas sahaja tamat pengajian mereka? Kerana takut tidak mendapat pekerjaan di luar kerana itu sahaja  jalan yang selamat untuk mendapatkan kepastian kerjaya di dalam hidup?

Tidak kurang pula yang melanjutkan pelajaran lagi , tidak cukup untuk segulung ijazah , maka ditambah lagi master untuk memastikan mendapat tempat di luar sana? Atau menambah lagi terus ke Ph.D selepas selesai umur sudah pun meningkat dua kali ganda, kadar produktiviti kerja semakin kurang kerana umur sudah pun meningkat kerana terlalu lama bertapa di menara gading. Tetapi adakah ia suatu jalan penyelesaian ? Renung-renungkanlah. Jika masih lagi tidak mendapat tempat di luar apa lagi yang mampu anda akan lakukan?
 



Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari
‘Pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.








Ada juga antara mereka terpaksa menunggu setahun atau lebih sebelum mendapat pekerjaan sesuai. Satu pihak cuba menyalahkan graduan universiti kerana terlalu memilih pekerjaan dan satu pihak lagi, menyalahkan pihak kerajaan dan swasta kerana enggan memberi peluang kepada yang kurang berpengalaman. Namun, sejauh manakah kebenarannya? Jika diselidiki bukan semua jawatan tinggi dalam sektor pekerjaan dipegang individu yang memiliki ijazah. Semuanya bergantung kepada strategi setiap individu dalam mengorak langkah dengan bijak

.
Apa yang pasti, pada masa kini, segulung ijazah meningkatkan prestij seseorang itu di mata masyarakat. Mereka juga menjadi kebanggaan keluarga kerana bakal mendapat pekerjaan bagus dengan pulangan lumayan.Itu pendapat mereka tetapi hakikatnya tiada siapa yang tahu. Tepuk dada tanya diri betul atau tidak anda sendiri yang menjawabnya.

Paling penting, kita menjadi seorang yang lebih matang dalam berfikir dan bijak mengatur hidup dengan nikmat diperoleh. Realitinya sekarang, segulung ijazah bukan jaminan mendapat pekerjaan tapi jaminan untuk mendapat tempat temuduga sahaja. Sudah terbukti ramai juga orang kita mampu pergi lebih jauh tanpa segulung ijazah. Pasti Boleh!

p/s: Percaya pada potensi diri, yakini setiap apa yang anda lakukan jangan terikat dengan keadaan sekeliling anda yang menghalang anda untuk berjaya dalam hidup. Ingat kuasa pemikiran separa sedar amat kuat jika digunakan dengan sebaik-baiknya  anda pasti akan berjaya suatu hari nanti. Jika anda membaca artikel ini dan memilih untuk berubah mulai sekarang, anda pasti akan berterima kasih kepada saya kerana membuka minda anda , namun jika anda mengabaikannya tiada siapa yang tahu kesudahan kisah hidup anda. Anda sendiri yang menentukannya .Pilihan di tangan Anda...Pilihan di tangan Anda









Saya pilih network marketing

Kehidupan saya dan keluarga
  1. Dapat menumpukan sepenuh perhatian pada keluarga
  2. Mendidik disiplin anak-anak
  3. Menjadi ibu bapa yang berkualiti
  4. Boleh memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak
  5. Membina perniagaan bersama pasangan (isteri/suami) dan disambung oleh anak-anak
Kerjayanya yang berterusan dan masa depan yang cerah
  1. Membina kerjaya jangka panjang
  2. Pilihan masa dan tempat di tangan anda sendiri
  3. Bekerja dengan insan yang mahu menolong anda
  4. Bina masa hadapan yang cerah
  5. Jadi ketua pada diri sendiri
Meningkatkan motivasi dan memperbaiki diri
  1. Belajar bersabar dalam membina kerjaya
  2. Belajar berimpian dan belajar bagaimana menjadikan impian itu satu kenyataan
  3. Semakin positif dalam pemikiran dan kehidupan
  4. Meningkatkan daya imaginasi
  5. Semakin bermotivasi
Bebas masalah kewangan
  1. Keselamatan kewangan dalam jangka panjang
  2. Dapat lebih daripada yang anda perlukan
  3. Menambahkan harta
  4. Dapat membeli rumah secara tunai
  5. Tiada kerisauan masalah kewangan
Tingkatkan kejayaan dalam kehidupan
  1. Impian menjadi kenyataan
  2. Pergi ke mana sahaja yang anda mahu pergi
  3. Tunjukkan kepada diri anda dan dunia bahawa anda adalah hebat
  4. Pemikiran anda sentiasa suksess
  5. Selalu memikirkan kejayaan dan tidak kepada kegagalan
Membina personaliti gemilang dan hidup bermatlamat
  1. Hidup dalam suasana pencapaian personaliti yang hebat dan bermatlamat
  2. Belajar skill yang anda perlukan dan raih kejayaan
  3. Tahu apa yang perlu anda lakukan dan capai kejayaan
  4. Ada alatan yang diperlukan bagi mencapai matlamat
  5. Hidup dalam suasana dunia mencapai matlamat mengikut pelan
Individu yang berurusan dengan anda
  1. Bebas bekerja dengan sesiapa sahaja yang anda sukai
  2. Rakan anda dan orang orang yang positif
  3. Anda sentiasa dimotivasikan
  4. Dikelilingi manusia berjaya dan suksess
  5. Memperuntukan masa dengan insan yang juga berkeiinginan untuk berjaya
Peningkatan kualiti dalam kehidupan
  1. Dapat banyak masa bagi berehat
  2. Dapat menikmati kehidupan dengan sepuasnya
  3. Fokus impian dan berkeupayaan menjadkannya kenyataan
  4. Minda yang tenang
  5. Menyelesaikan masalah dengan cara yang positif
Cipta kerjaya berjaya masa hadapan
  1. Sentiasa melihat masa hadapan mengikut jangkaan yang positif
  2. Perniagaan yang menukar tabiat dan sikap anda dalam semua segi
  3. Memantau tumbesaran anak-anak setiap masa walaupun sedang berniaga
  4. Membina hubungan yang baik dengan tuhan, keluarga dan lain-lain
  5. Kehidupan meningkat menjadi baik setiap masa,setiap cara
Membina satu kelainan dalam kehidupan
  1. Menolong orang lain membina kehidupan yang lebih baik
  2. Buat sesuatu yang penting dalam hidup
  3. Berkongsi kejayaan dengan orang lain
  4. Tolong orang lain bina hidup baru
  5. Penting kepada orang lain
p/s: ELKEN peluang yang hebat, pilihan yang tepat ,IMPIAN terpahat
Yang penting sabar,tekun,gigih dan berusaha pasti anda akan tersenyum sepanjang hari.

Kenapa mesti Network Marketing??


Jul 05, 10 Kenapa Robert T.Kiyosaki & Donald Trump menyarankan bisnes Network Marketing?

Kenapa Robert T.Kiyosaki dan Donald Trump menyarankan bisnes Network Marketing?

Di dalam buku “Why We Want You To Be Rich” yang ditulis bersama Robert T. Kiyosaki dan Donald Trump (Mullimillionaire &Billionaire;) kedua-duanya menyarankan anda terlibat dalam Network Marketing .

Pada peringkat awalnya Mr. Robert T. Kiyosaki begitu negatif juga terhadap bisnes network marketing, tetapi setelah beliau cuba membuka minda dan mengkaji system bisnes network marketing maka beliau amat menyarankan orang ramai terlibat dalam industri ini.

Antara sebabnya ialah pembinaan diri dalam perniagaan network marketing adalah hebat. Di dalam syarikat yang anda bekerja, sekiranya anda tidak perform/membina diri anda sudah pasti boss anda akan ‘fire’ atau buang anda dari kerja. Betapa ramai yang saya dengar dibuang kerja, atau gaji mereka disekat, atau cuti mereka dibekukan dan pelbagai sekatan yang menyeksakan pekerja.

Bonus dikawal oleh majikan. Bukanlah saya kata kerja makan gaji tidak bagus. Cuma jika anda inginkan kebebasan masa, kebebasan wang dan dapat membina jati diri dan potensi diri maka network marketing adalah salah satu jalan terbaik.

Mr. Robert T. Kiyosaki pernah ditanya “Adakah Network Marketing Sejenis Skim Piramid?”
Beliau menjawap bahawa di syarkat korporat sebenarnya adalah PIRAMID sebab hanya seorang boss berada di puncak piramid, biasanya boss lah yang paling banyak dapat gaji. Yang lain dibawah susah nak naik ke atas. Kalau naik pun seorang je!

Lain dalam Network Marketing, ia memberikan peluang kepada semua naik ke atas. Contohnya dalam bisnes network marketing ELKEN yang saya buat, semua orang boleh naik ke atas mencapai tahap MCCM dan mendapat bonus bulanan yang lumayan. Bukan hanya seorang sahaja dapat jadi MCCM

Selain itu mereka menyarankan Network Marketing adalah kerana bisnes seperti ini adalah low-risk bisnes yang mana semua orang boleh join dan tidak perlu modal yang besar beratus ribu malah jutaan ringgit modal dalam bisnes konvensional.

Meet like-minded people: mereka menyarankan network marketing kerana anda akan bergaul dengan orang-orang yg sama matlamat dengan anda. Yang positif, yang bercita-cita tinggi, pandangan jauh ke depan. Bukan sebaliknya. Jika di ofis, ramai yang pemalas atau negative akan mengejek anda sekiranya anda kerja kuat. Tu pun jika anda lebih perform dari ketua jabatan, pasti ketua anda pula cuba sekat anda!

Leverage dan Sistem Sudah ada dalam perniagaan network marketing: apabila anda join bisnes ini anda mempunyai syarikat yang sudah ada system yang teratur dan anda Cuma jalankan sahaja bisnes ini dengan upline anda sebagai coach untuk bantu anda Berjaya bersama-sama. Kuasa leverage dan duplikasi dalam system network marketing adalah cukup powerful.
Mr Donald Trump pula menyatakan join syarikat network marketing yang ada produk yang berbaloi anda ceburkan diri. 

Memang produk kami seperti Elken Spirulina,Ester-C,EPA/DHA,Fujita Lactose-S, Dr.Xeniji,LivExtra,Dr.Diet dan banyak lagi adalah produk yang unik, berkesan, ada repeat order dan memang diperlukan oleh ramai orang.

Beliau juga menyatakan bahawa apabila join bisnes network marketing anda akan berada diluar “comfort zone” (spt makan gaji dan selesa hidup macam tu), sebab sebenarnya pembinaan diri, dan wang yang banyak ialah apabila anda berada di “uncomfortable zone” seperti usahawan-usahawan terkemuka seperti kedua-dua penulis tersebut di atas.

Billionaire dan MultiMillionaire seperti Donald Trump dan Robert T. Kiyosaki menyarankan anda join network marketing! Siapa lah kita jika menyarankan disebaliknya? Elok ikut saja kata-kata/pendapat mereka yang berjaya!

Orang yang reject bisnes seperti ini , mereka sesungguhnya tidak mengetahui dan sebab itu saya tidak peduli kata-kata mereka! Jika saya ikut kata-kata mereka sudah pasti nasib saya seperti mereka!

Akhir kata, saya sarankan anda laburkan wang untuk diri anda dengan membeli dan membaca buku-buku yang ditulis oleh Multimillionaire dan Billionaire seperti Donald Trump dan Robert T. Kiyosaki atau mana-mana buku yang ditulis oleh mereka yang dah Berjaya. Saya agak kurang percaya jika penulis tersebut sendiri tulis tentang kejayaan sedangkan kita tidak ketahui sangat latar belakang mereka tapi memang mereka sudah berjaya dan mengongsikan kejayaan mereka kepada orang lain yang masih terpinga-pinga mencari erti kehidupan dengan bekerja makan gaji.

p/s: The best investment is to invest in yourself!

ELKEN memberikan anda satu ruang untuk menguji potensi diri yang sebenar. Korbankan kenikmatan yang sementara untuk kenikmatan yang selama-lamanya. Free yourself from the comfort zone now!

Makan Gaji??

Setiap tahun pra graduan bersorak kegembiraan taktala selesai sahaja menamatkan pengajian mereka di universiti masing-masing.Memakai jubah konvokesyen dan menerima segulung ijazah berdiri dan lalu di atas pentas yang tidak sampai 5 minit.Perasaan itu terukir di balik setiap senyuman beserta tangis kegembiraan bersama orang tua mereka setelah selesai upacara konvokesyen tersebut. Semua menyatakan mereka sudah merdeka! Iyah merdeka daripada segala tugasan-tugasan, merdeka daripada peperiksaan-peperiksaan yang kejam yang mana telah membuat mereka  hampir separuh mati untuk menghadapinya.

Namun ada sesuatu yang mereka tidak sedar. Ada lagi benda yang paling kejam berbanding dengan apa yang pernah mereka lalui semasa di dunia universiti. Dunia luar! iyah benar dunia realiti, itulah sesetengah orang menggunakan istilah "reality bite". Pengakhiran kepada suatu permulaan. Berakhir di peringkat universiti merupakan permulaan kepada suatu penghidupan realiti yang baru.

Sementara mereka baru sahaja melangkah keluar daripada kandang kucing dan melangkah masuk ke dalam hutan yang di penuhi segala macam jenis binatang seperti ular,harimau,buaya ,yang berbisa dan beracun dan segala macam lagi yang aneh-aneh di dalam hutan.

 Itulah gambaran seorang graduan yang baru sahaja selesai menamatkan pengajian mereka.

Menurut satu survey yang di buat di tokyo, graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka dengan jayanya menghadapi satu masalah stress yang sangat serius berbanding semasa mereka duduk di meja peperiksaan akhir mereka semasa di universiti.

Kenapa mereka STRESS!? kerana mereka tidak mendapat pekerjaan.

Semakin hari semakin banyak graduan yang dilahirkan, dan bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. Namun dalam 10000 orang yang telah tamat pengajian hanya ada 100 kekosongan jawatan yang perlu diisi. Bayangkan ? Kemana yang lain harus pergi?? 9900 orang masih mencari-cari pekerjaan dan bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan tempat. Sehingga ada yang terdesak untuk bekerja apa sahaja , rela di bayar dengan gaji yang rendah tidak setimpal dengan segulung ijazah yang mereka miliki. Mengapa? tiada pilihan ? kena teruskan hidup tiada kerja tiada wang ..tiada wang tiada makan?? kerja hingga lewat malam mengharapkan OT , kesihatan pula semakin menurun nah inilah yang dikatakan kejam. Kejam kerana sanggup membiarkan diri untuk menjadi hamba kepada beban kerja.

Berbalik kepada kisah kehidupan para pekerja di Jepun. " Setiap hari hidup dalam kegelisahan dan mengerikan "  kata Ikezaki,seorang graduan yang bekerja dengan gaji ¥75.000/bulan  " Ketika saya memikirkan tentang masa depan saya , saya tidak boleh tidur pada waktu malam " ujar beliau.

Hal ini kerana kebanyakan syarikat-syarikat di Jepun lebih mementingkan keuntungan dan mengeksploit tenaga para graduan-graduan yang baru tamat pengajian mereka di universiti.

Maka terciptalah "SALARY MAN"  orang yang hidup yang hanya bergantung kepada gaji setiap hujung bulan semata-mata. Salary = Gaji , Man = Orang . atau lebih dikenal sebagai Orang Makan Gaji. Kerja separuh mati, tanpa kepastian tentang masa depan mereka dan berdoa setiap hari agar tidak di buang kerja.

Kerana STRESS inilah tercipta satu istilah baru yang dipanggil sebagai KAROSHI . Apa itu KAROSHI ?
Bermakna mati di tempat kerja, atau kematian stress di tempat kerja. Dari saat mula hingga akhir hayat di tempat kerja.Kematian yang diakibatkan daripada terlalu stress di tempat kerja.Tahap kesihatan menurun kerana terlalu obses dengan kerja dan akhirnya mati sakit kerana terlalu bekerja.

Jika difikirkan secara logik, memang agak menyedihkan tetapi itulah hakikatnya.Itulah kejadian yang berlaku kerana mengabdikan diri dengan kerja.

Kerana terlalu seriusnya permasalahan ini pemerintah Jepun telah melakukan bermacam-macam cara untuk mengatasi masalah ini. Mengadakan satu nombor telefon khas untuk menerima panggilan daripada para pekerja-pekerja ini untuk satu medium bagi mereka meluahkan perasaan mereka. Buku untuk menangani stress di tempat kerja, tidak kurang juga meminda satu polisi untuk membayar sejumlah wang pampasan kepada janda/anak-anak yang ditinggalkan akibat mati kerana karoshi ini.

Menurut satu data daripada pemerintah Jepun 2.207 kes bunuh diri pada tahun 2007 , 672 daripadanya adalah kerana beban kerja yang terlalu banyak.Kes Karisho yang terkenal adalah Kenichi Uchino ,pada tahun 2002 seorang manager Quality Control yang berusia 30 tahun bekerja dengan salah satu syarikat permotoran yang terkenal Toyota.

Dikhabarkan beliau telah bekerja selama 80 jam selama 6 bulan berturut-turut tanpa gaji lebih masa dan tidak di bayar bonus , Akhirnya pengsan di tempat kerja. Dikejarkan ke hospital dan mati di hospital sejurus kemudian.

Pada awalnya niat salary man itu adalah baik , membantu untuk memajukan lagi perniagaan bos mereka. Bekerja lebih masa tanpa berkompromi dengan bos mengharapkan suatu hari nanti mereka akan mendapat kenaikan pangkat, tetapi pada hakikatnya itu adalah suatu yang tidak mungkin akan terjadi.

Disini ditunjuk 1 jadual bagi "SALARY MAN"

06:30 = Bangun dari tidur
07:30 = Berangkat ke tempat kerja ( berjalan kaki/menaiki kereta/motor/subway)
08:50 = Sekurang-kurangnya sudah tiba di pejabat
09:00 = Morning Briefing dengan supervisor/exec/manager
09:10 = Mulai kerja
12:00 = Makan tengahari
13:00 = Sambung kerja
17:00 = Kerja lebih masa
20:30 = Keluar bersama bos jika ada
21:30 = Pulang ke rumah ( berjalan kaki/menaiki kereta/motor/subway)
22:30 = Sampai rumah, tengok tv,
23:00 = Tidur

Ulang dari Isnin hingga Jumaat. Kalau hari sabtu mungkin setengah hari, hujung minggu cuti jika ada yang bercuti pada hujung minggu.

Peraturan di pejabat.

1.Kalau bos cakap bumi berbentuk kotak, maka bentuk kotak lah ia,
2.Kalau dia berubah fikiran maka bumi berubah bentuk
3.Bos adalah raja
4.Pekerja baru akan cakap Bos adalah tuhan
5.Mesti hormat , hormat dan hormat dengan bos

Bekerja dengan ada orang di atas kita memang suatu yang tidak menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila semua keputusan yang dibuat adalah dari orang atasan , orang bawahan hanya menurut sahaja. Itulah realiti sebenar di dunia luar yang penuh dengan dugaannya.

p/s: sampai bila mau makan gaji? tak kan mahu tunggu sampai umur 50 tahun baru fikir nak buat bisnes? kenapa tak dari awal fikir macam itu kan itu lebih baik..renung-renungkanlah. Kenapa nak cari bos..kenapa tak jadi bos ? Sebab mentaliti orang kita mereka nak benda yang senang..kerja habis bulan dapat gaji lebih senang di buat.



Kenapa graduan susah dapat kerja??

Baru-baru ini, satu pengumuman telah dibuat menyatakan bahawa jumlah graduan yang menganggur telah meningkat dari 65,000 kepada 71,600 walaupun jumlah keseluruhan pengangguran telah berkurang dari 3.4% kepada 3.1% pada suku pertama tahun ini.
Satu lagi kaji selidik yang telah dilakukan oleh agensi Kelly Services menunjukkan bahawa ramai graduan yang meminta waktu kerja mereka diseimbangkan supaya mereka boleh membahagikan masa tersebut dengan aktiviti peribadi mereka dan bukannya sebaliknya.
  • Pengurus pemasaran syarikat tersebut, Jeannie Khoo berkata, kebanyakan majikan juga tidak menggemari sikap buruk dan sikap tiada semangat juang para graduan ini untuk menaikkan taraf hidup mereka sendiri.
  • “Kebanyakan mereka masih mempunyai pandangan yang salah di mana mereka berfikir bahawa mereka mampu mendapat jumlah gaji yang besar walaupun jika mereka baru sahaja bekerja. Industri perbankan contohnya, mereka mahukan gaji sebanyak RM3,000 sedangkan menurut kadar pasaran, mereka sepatutnya mendapat gaji sebanyak RM2,200,” kata beliau.
  • Ketua pengambilan pekerja bagi syarikat PricewaterhouseCoopers Malaysia, Salika Suksuwan(foto kanan), berkata, beberapa calon mungkin telah diberikan beberapa tawaran untuk bekerja.
  • Namun, mereka bertindak secara tidak professional dengan menolak semua tawaran yang telah diberikan – dengan tidak menghadirkan diri untuk sesi temuduga ataupun hari pertama bekerja.
  • “Kadangkala kami terpaksa menghubungi mereka untuk mengingatkan mereka tentang sesi temuduga mereka sendiri apabila mereka gagal menghadirkan diri,” kata beliau.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Talent Corp, Johan Mahmood Merican(foto kiri) pula menasihatkan para garaduan supaya tidak membuat sebarang permintaan melampau terhadap gaji mereka. Mereka yang meminta gaji yang terlalu tinggi adalah antara masalah utama mengapa kebanyakan majikan enggan mengambil golongan graduan baru untuk bekerja
  • “Menyertai sesebuah syarikat adalah lebih penting supaya dapat menambahkan pengalaman dan ianya juga boleh juga dijadikan sebagai persediaan untuk menghadapi masa hadapan,” kata beliau.
  • Antara masalah lain adalah ramai antara mereka yang tidak boleh menguasai bahasa inggeris dengan baik.
Sumber: Agensi
diambil dari  http://ajinbgagah.blogspot.com

Wednesday 6 June 2012

Ada ELKEN boleh buat Duit $$$!

Hye...hari ini saya ingin berkongsi kepada tuan-tuan dan puan-puan tentang tajuk d atas. Dewasa ini banyak kita mendengar bahawa masalah penggangguran di kalangan graduan-graduan smakin meningkat. Kenapa ini terjadi?? Adakah kurangnya kekosongan jawatan yg ada di negara kita ini? Atau pun kurangnya kilang-kilang , syarikat-syarikat tidak di nafikan banyak juga ..tetapi mengapa  kadar pengangguran itu masih meningkat??

Apa yang boleh saya ungkapkan di sini adalah sikap... sikap graduan itu sendiri yang memilih kerja . Mereka terlalu mementingkn kerja yang bersesuaian dengan apa yang mereka telah belajar. Mereka lebih inginkan jika kursus yang mereka jalani sebelum ini..haruslah bersesuaian denga kerja setelah mereka habis nnti.. itu suatu perkara yang agak mustahil...walaupun ada tetapi kebarangkalian nya 1 daripada 10. ada tu ada tapi jarang-jarang. kecuali mereka yang mngambil kursus yg ekstrim mksud sy di sni ialah kursus seperti kedoktoran,kejururawatan,dan perguruan, ..bagi jurusan kejuruteraan pula..sebelum eni ia boleh di anggap sebagai 1 kursus yang ekstrim tapi dewasa ini..sedangkan orang yang hanya mngambil sijil biasa tidak ada ijazah pun boleh buat kerja budak engineering.

Oleh itu kita dapat tahu bahawa kebarangkalian untuk mendapat pekerjaan yang di idamkan adalah 1 daripada 10...tetapi tuan-tuan dan puan-puan jangan rsa susah hati 9 daripada 10 terdapat dalam perniagaan..jadi knapa merasa susah hati..untuk yang 1 itu sedangkan ada 9 lagi menanti di luar sna. Saya ingin tuan-tuan dan puan-puan dan kepada siapa-siapa angg belum lagi bekerjaya..

Elken bole mnjadi salah satu kerjaya pilihan anda. Mungkin hanya part time sahaja..why not ? umur masih muda kenapa tidak mencuba? atau pun sepenuh masa lagi baik. Kenapa sy cakp Elken?? sedangkan ada banyak lagi syrikat-syarikat MLM lain di luar sana.? Bukan mahu cakap syrikat lain tak bagus..bagus ..sama-sama  bagus..tapi saya di lamar oleh Elken terlebih dahulu.

 Sebelum itu terus terang say cakap..oke..Elken adalah salah satu syarikat Multi Level Marketing....MLM...pasti nya ramai orang yang pernah mendengar apa itu MLM  bukan?? bila sebut saja MLM ..pastii mata dah lain ..tetapi itu sebnarnya adalah persepsi negatif sesetengah orang sahaja..yang tidak faham akan makna apa itu MLM.....MLM ini ada banyak jenis. tau ada yang ori ada angg tak ori...biasanya kalo yang tak ori ni...dia datang tiba-tiba ...meletup-letup pasarannya...tapi dalam jangka masa tertentu ..dia pun hilang begitu sahaja...tapi selepas itu..datang lagi dengan nama yang baru..pula..dengan produk yang baru..tapi sistemnya still sama juga Berhati-hati apabila memilih perniagaan MLM anda..Orang sekarang ini mahu yang cepat...mereka inginkan...hari ini masuk MLM besok jd KAYA!? Sebab itu bila suda tidak berjaya dalam MLM mulalah menyalahkan orang lain. Menyalahkan syarikat MLM sebab mereka tidak faham dan menghayati begitu indahnya dunia Elken.

 Saya akan ceritakan lebih lanjut di dalam entri saya selepas ini. tiada jalan pintas untuk berjaya dalam dunia MLM tetapi jalan menuju kearah kejayaan di Elken ada. dan yang sudah buat dan terbukti mereka berjaya...semua itu bergntung pada usaha yg kita lakukan. Kalau di luar kita boleh kerja rajin,  datang awal ke tempat kerja, bekerja 8 jam sehari kita tentu sudah cukup hebat di dunia Elken. Kerana Elken boleh membantu kita mncapai segala impian kita jika kita betul-betul mahu berubah dan berusaha untuk mndapatknnya. Jadi tuan-tuan dn puan-puan buatlah pilihan yang terbaik anda..JIKA ADA PILIHAN UNTUK ANDA BERJAYA DALAM TEMPOH 3-5 TAHUN KENAPA PERLU BERSUSAH-SUSAH 30-50 TAHUN UNTUK MENCAPAI IMPIAN ANDA! PILIHAN DI TANGAN ANDA....BERTINDAKLAH SEKARANG..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...