Monday 11 June 2012

Kenapa graduan susah dapat kerja??

Baru-baru ini, satu pengumuman telah dibuat menyatakan bahawa jumlah graduan yang menganggur telah meningkat dari 65,000 kepada 71,600 walaupun jumlah keseluruhan pengangguran telah berkurang dari 3.4% kepada 3.1% pada suku pertama tahun ini.
Satu lagi kaji selidik yang telah dilakukan oleh agensi Kelly Services menunjukkan bahawa ramai graduan yang meminta waktu kerja mereka diseimbangkan supaya mereka boleh membahagikan masa tersebut dengan aktiviti peribadi mereka dan bukannya sebaliknya.
  • Pengurus pemasaran syarikat tersebut, Jeannie Khoo berkata, kebanyakan majikan juga tidak menggemari sikap buruk dan sikap tiada semangat juang para graduan ini untuk menaikkan taraf hidup mereka sendiri.
  • “Kebanyakan mereka masih mempunyai pandangan yang salah di mana mereka berfikir bahawa mereka mampu mendapat jumlah gaji yang besar walaupun jika mereka baru sahaja bekerja. Industri perbankan contohnya, mereka mahukan gaji sebanyak RM3,000 sedangkan menurut kadar pasaran, mereka sepatutnya mendapat gaji sebanyak RM2,200,” kata beliau.
  • Ketua pengambilan pekerja bagi syarikat PricewaterhouseCoopers Malaysia, Salika Suksuwan(foto kanan), berkata, beberapa calon mungkin telah diberikan beberapa tawaran untuk bekerja.
  • Namun, mereka bertindak secara tidak professional dengan menolak semua tawaran yang telah diberikan – dengan tidak menghadirkan diri untuk sesi temuduga ataupun hari pertama bekerja.
  • “Kadangkala kami terpaksa menghubungi mereka untuk mengingatkan mereka tentang sesi temuduga mereka sendiri apabila mereka gagal menghadirkan diri,” kata beliau.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Talent Corp, Johan Mahmood Merican(foto kiri) pula menasihatkan para garaduan supaya tidak membuat sebarang permintaan melampau terhadap gaji mereka. Mereka yang meminta gaji yang terlalu tinggi adalah antara masalah utama mengapa kebanyakan majikan enggan mengambil golongan graduan baru untuk bekerja
  • “Menyertai sesebuah syarikat adalah lebih penting supaya dapat menambahkan pengalaman dan ianya juga boleh juga dijadikan sebagai persediaan untuk menghadapi masa hadapan,” kata beliau.
  • Antara masalah lain adalah ramai antara mereka yang tidak boleh menguasai bahasa inggeris dengan baik.
Sumber: Agensi
diambil dari  http://ajinbgagah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...